YOUR'S STALKER
UNTUK PELAJAR : MODAL RM 20

Monday 21 April 2014 @ 07:11 | 0 Comment [s]

Hi , korang :) Fifi nk promote ni . korang bljr tp duit poket x ckp ? nk krj tp x de ms ? dnt worry , modal cuma RM20 , berminat ? korang boleh cari Fifi dekat Facebook , Nor Fifiana Mohd Nor .

#KEJATUHAN

Wednesday 26 March 2014 @ 12:30 | 0 Comment [s]

20032014

the legend date of my life

tarikh ni buat aku menangis dalam hujan sambil aku tersenyum . terduduk aku di tengah hujan . pandang ke langit ' YA ALLAH , KENAPA AKU ?' Sambil kilat dan guruh sambung menyambung , mata aku masih memandang ke awan mendung . Masih lagi terduduk--melutut . Mangis menangis di dalam hujan--ribut hujan .

aku cuba untuk bangun . Tapi , kilat cuba menghalang aku daripada terus bangun . Aku kembali terjatuh , meniarap ! Aku menangis lagi , tiada siapa di situ . Aku cuba cari seseorang , cuba untuk meminta bantuan . Tapi , tiada siapa . Aku masih di situ , dalam hujan lebat--ribut hujan . Menangis tersedu sedu .

aku cuba lagi sekali untuk bangun tapi aku pula menghalang aku , angin menolak aku sekuat hatinya . Aku terjatuh lagi , terlentang . terhantuk di jalan raya . Aku menangis lagi . Kali ini aku tidak senyum , aku tidak kuat lagi untuk senyum .

Aku bangun , kilat cuba untuk memanah aku , aku biarkan . Aku menolak kuat aku aku lawan . hujan menghalang pandangan aku juga aku biarkan . Aku terus berlari untuk sampai ke satu destinasi , RUMAHKU .

dalam satu hari aku mulai sedar , Allah tunjukkan kepada aku hari itu juga , Aku meminta minta semangat daripada manusia tapi aku tetap begitu--langsung tidak bersemangat . Aku meminta semangat kepada Allah , Allah tunjukkan kepada aku ,  bahawa kejatuhan aku pada hari itu adalah titik permulaan bagi aku , untuk mengatur kehidupan dewasa aku--masa depan aku . Allah tunjukkan kepada aku hujan , angin dan kilat sebagai penghalang dan rumah pula sebagai destinasi utama aku . Allah sedarkan aku , tidak semestinya di setiap kejatuhan itu , kita terus jatuh , takkan bangkit semula . Allah sedarkan aku , semakin berat ujian daripadanya yang aku tanggung semakin kuat aku untuk menempuhi hari seterus seterusnya yang penuh dengan cabaran . Ujian hujan ribut itu betul betu mengajar aku , erti kehidupan yang sebenar .

ini smua bukan rekaan semata , aku betul betul menghadapinya . Wahai sahabat , gagal harini tidak bermakna engkau akan gagal selamanya . bangkitlah sahabat , keluar dari kepompong keresahan , keluar dari kepompng rendah diri . bangun sahabat , bangun . MAri kita berpimpin tangan berjihad ke jalan tuhan yang satu--Allah , berjalan berpimpin tangan menuju ke syurga-Nya . Ingatlah , sahabat . Biar apa pun halangan dan rintangan mendatang jangan kau gusar ! Lawan , bangkit , tetang habis habisan ! Aku yakin , Aku pasti kita semua boleh . Mari kita berlari , kejayaan di hadapan menunggu kita !

#PELUANG

Saturday 8 March 2014 @ 09:15 | 0 Comment [s]

'bagi aku lagi satu peluang' kata kata kau . memang manis , madu pun kalah . manis , terlalu manis . dulu , kau yang pergi tinggalkan aku , aku ulangi KAU PERGI TINGGALKAN AKU ! kau tak ambil kisah pun aku dekat sini macam mana , terbenam dalam lautan manis . tenggelam aku . Kalau air masin mungkin aku boleh terapung lagi sebab aku gemuk , tapi ini air manis . MANIS tahu MANIS ?

BODOH ! kau tak sedar berapa lama aku tunggu kau ? 1 tahun 3 bulan ? Kau nak mintak lagi aku 'PELUANG' ? BODOH BODOH ! kau kira berapa banyak aku bagi kau peluang ? 1 hari=1 peluang . Kau kira , kau kira ! Pergi ambil kalkulator sana ! Okay , sekarang kau kira 1 tahun darab dengan 15 bulan darab dengan 28 hari (untung kau aku kurangkan hari dalam setiap bulan tu) darab dengan 24 jam darab dengan 60 minit darab dengan 60 saat . haa , banyak tulah peluang aku bagi dekat kau . Kau masih lagi nk mintak aku peluang ?

NO WAY MAN ! Aku dah penat , penat nak terkapai kapai dalam lautan manis tu . Mana ada life jacket ! lenguh segala tangan kaki aku . Aku sampai dekat tepian ni pun sebab aku reti berenang , dan sekarang kau datang ajak aku join kau main banana boat pulak , then nanti kalau aku jatuh kau mana nak tolong kan ? Huh , tak nak aku bagi kau peluang lagi . Penat ahh ~

bicara tentang Hati

Saturday 9 November 2013 @ 23:39 | 0 Comment [s]

Engkau ! Apa tujuan kau datang sini ? Nak menghancurkan hidup aku ? Bro , kenapa engkau kenalkan aku dekat dia ? Engkau pernah tengokkan macam mana aku merana dulu ? Engkau pernah tengok macam mana perubahan drastik aku dulu ? Engkau pernah tengokkan ? Pernahkan ?!

Hati ni , penat ! Penat sangat . Kau tak pernah tahu . Aku tahu , ni bukan salah kau . Engkau tak tahu apa-apa pasal aku . Tapi , aku tetap nak salahkan kau . Aku nak salahkan kau sebab engkau yang datang mencari aku yang masa tu aku tengah memuja , mengagung-agungkan engkau . Engkau tak tahu .

Aku tahu ni semua salah aku jugak . Berkata -kata tanpa menghiraukan perasaan orang lain . Seolah-olah aku langsung tak menghiraukan hati dan perasaan kau kan ? Tapi , Ego . Ego aku yang buat aku jadi macam tu . Tapi , engkau tak boleh nak salahkan aku sorang je . Engkau pun ego jugak . Aku pernah mintak maaf dekat kau kan ? Tapi , Engkau buat endah tak endah . Langsung tak layan aku . Aku tahu apa yang aku buat tu memang tak boleh di maafkan . Sebab benda tu mungkin memalukan kau . Tapi , that's is how the way I give an advise to someone that I LOVE .Yang pasal aku abaikan engkau dekat term , aku mintak maaf sangat ! For your information , aku ni pemalu . Aku tak pernah tegur budak lelaki , even classmate aku . Tak percaya ? It's up to you !

Terpulanglah , penat dah aku nak tunggu engkau  muncul balik dalam hidup aku . Dulu aku takut kalau aku hilang kawan yang macam kau . Tapi , sekarang aku dah redha . Allah lebih tahu siapa yang layak untuk hidup dengan aku dan aturan yang Allah aturkan untuk hamba-Nya semuanya sempurna .

Assalamualaikum , A.C (Olive Oyl's husband)

GEMPAR : Fifiana Mohd Nor nak masuk AF !

Saturday 2 November 2013 @ 20:55 | 0 Comment [s]

YOO ! Whatsupp there ? Jyeah , I'm back yoow ! ASSALAMUALAIKUM dan Salam Sejahtera . Nampak tajuk di atas ? Yaa , itulah dia topik yang aku nak bincangkan dalam entri aku kali ni . Haha . Macam mana eah nak mulakan cerita ? Hmm , emm , errrrr . Aisyh , susahlah ! aku terus masuk cerita jelah eah ? Ngam kan ? Okay , Good !

ceritanya begini ya rambelieyy ,

*while tengah melepak depan televisyen , nampak iklan AF

me : weyy , aku nak masuk AF ahh . Ngehehehe *tersengih macam kerang busuk

Ain : Masuklah , aku sokong kau . Nanti aku bawa bina , duduk dekat tempat penonton , sokong kau . LIFI ! LIFI ! *buat-buat angkat bina

me : Ahh , kalau kau datang aku tak mengaku kawan ! Haha  *evil laugh , macam atok kepala besar dalam cerita ninja boy tu . Aku tak ingat apa namanya , Sumozai ke apa entah namanya natang beruk tu . Arghhh , aku tak ingatlah .

Hada : Okay , nanti kitorang Afundi 20 untuk kau , kan Ain kan ?

Ain : *angguk angguk

me : haha , undi tau undi ! Pastikan setiap minggu korang undi aku .

Hada : haa , ye ye . Kau pun pastikan setiap minggu bank in kan kitorang duit

me : . . . *dalam hati (siaa punya sepupu )

Hada : Ehh , jangan masuklah !

me : Asal pulak ?

Ain : A'ah , Asal pulak ?

Hada : Kang kau kena kecam lagi macam kau Form 3 dulu karang , kau tak ingat ?

me & Ain : . . .

jeng jeng jeng , So . the end of the story korang semua tunggu jelah dekat depan televisyen tu ye . Tengok aku masuk ke tarak masuk itu realiti show aaaa . Haha , just wait and see ~

Yang kisah apa aku masa Form 3 tu , I'm sorry . Aku tak boleh cerita dekat korang , benda dah lama jadi . Tak payah nak ungkit balik :) keep smile and stay calm with me . Bye , Assalamualaikum ^__^


My Brother Friends (Makkah Story)

@ 10:49 | 0 Comment [s]


Heyyo , assalamualaikum . SORRY  , sebab dah lama tak update blog . Dah bersawang dah aku punya blog ni haa , tadi aku baru je lepas stalk lappy aku . Pastu , terjumpa folder MAKKAH . ada gambar dalam tu , banyak sangat ~ then  aku terjumpa gambar kawan adik aku . Ini faiz namanya , budak perak , dia tua dua tahun daripada aku . haha , hensemkan ? hehe , crush crush ! haha , takdolah . dia pun entah nak entah tidak dekat aku yang terencat ni . dekat sana kitorang tak pernah tegur pun , setakat ‘ jeling-jeling manja ala-ala cerita tamil’ tu je . sampai dekat Malaysia barulah aku dengar dia tegur aku . masa tu aku tengah angkat air zam-zam . haa , yelahh . YANG BESAR GEDABAK TU . dia tanya aku “larat ke angkat tu ?” uishh , tokojot den dongar dio cakap kek den . berbunga sat kat dalam hati nehh . huhuhuuuu , gedikkan aku . aku just senyum je , mana taknya . dah terkedu mamat hensem tegur aku . kihkihkih . pastu dia cakap kat adik aku “kamu tolonglah akak kamu tu” . korang nak tahu adik aku reply apa ? dia cakap cenni “biarkan je dia , dia daah biasa buat kerja macam tu” ehhh , sapa punya adik ni ? bukan aku punya ni ~ tak gunaa , aku bagi jelingan yang paling mencairkan hati bagi sesiapa yang memandangnya dekat adik aku . malu dah satu hal , menyakitkan hati tu lagi satu hal . si Faiz ni menyingai je kerja dia . nasib baik kau hensem , haha . bolehlah melting kejap tengok kau senyum , terubat rasa sakit hati ni


Okayy , here we go to the another part . Ini pulak Razak namanya . Sebaya dengan Faiz . Hensemlah jugak . Muka dia ada iras-iras ‘MAT SALEH’ sikit . Dia sama macam aku , Orang Nogori . Tapi ,aku tak tahu dia stay dekat area mana sebab adik aku tak banyak cerita pasal dia . Haaa , dekat sini aku ada cerita kelakar  . One day tu , adik aku duduk dekat depan lift . Pastu , tiba-tiba ada orang ketuk kepala dia dari belakang . Dia dengar orang tu membebel . “ehh , ajak . ekau tak poie sombayang yo ?” adik aku pun tolehlah belakang nak tengok siapakah gerangan manusia yang mengetuk kepala dan berbicara dengan dia tadi . rupa-rupanya nenek Razak . Nenek tu pun cakap “ehh cu , maaflah yo .
Salah orang pulak pikir Razak tadi , hehe” adik aku pun menyengih , dalam hati baru nak marah  tadi . haha , nenek nenek . Pastu lagi satu cerita berlaku dekat room Razak . Masa tu dia demam , adik aku dengan Faiz pergilah melawat aka menziarahi Razak . Baguskan diorang ? Dekat sana diorang tak boleh berenggang langsung . Terutama adik aku dengan si Faiz tu . Okay , sambung balik cerita tadi . pastu , kebetulan nenek Razak tengah membebel dekat Razak .  Adik aku dengan si Faiz ni pasang telinga jelah , menadah tazkirah percuma sewaktu melawat orang sakit . Itu kira okay lagilah , adik aku cerita cenni  . While nenek Razak tengah membebel dekat Razak , nenek tu tak habis-habis pandang dia dengan Faiz . then , aku cakaplah dekat adik aku “ Maybe , korang terlalu attractive kot . tulah sebabnya nenek tu tak lepas pandang dekat korang , haha .”  So , perkenalkan inilah dia Razak SORRY , gambar razak tak berapa nak clear . adik aku kena parkinson time snap gambar Razak . Haha




tengok tu , dekat tangan Razak . KOMIK LAWAK KAMPUS , BRO ! Haha , sempat lagi tu ~

Next story pasal  Azizul , aku tak tahu apa nama sebenar dia . Adik aku kata nama dia zizul then adik aku kata lagi dia tipu je . So , sampai sekarang aku tak tahu apa nama budak ni . Aku tak banyak cerita pasal dia , tapi satu yang aku tahu ALLUGHAH ALA’RABIAH dia power ! 



Nampak tak orang yang pakai jubah putih dekat belaknag tu ? Kemain bagus lagi dia posing kan ? Sajalah tu nak interframe sekali . Famous diaa . Semua pertemuan di atas bermula masa diorang dekat Makkah , before diorang jumpa dekat Makkah diorang semua tak kenal each other . Takdir diorang berjumpa dan mulakan persahabatan dekat sanakan . Aku harap sangat diorang akan jumpa balik , ONE DAY , InshaAllah .
KERANA ALLAH KITA BERTEMU DAN KERANA ALLAH KITA BERPISAH . 

For those yang kenal dengan diorang ni , kalau boleh inform dekat diorang yang Zizan tengah mencari diorang , Thanks . Assalamualaikum ^^ have a nice day






The Disclaimer


heyyo and assalamualaikum viyewwers
kalau hangg ghajin maii fo.ol.lo.ow ceqq nahh ? have a nice day and enjoy your reading yaww ^__^


Navigations!

Diary About Stuff Site


Footprint here!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : QN

Best View at GOOGLE CHROME!