YOUR'S STALKER
#KEJATUHAN

Wednesday 26 March 2014 @ 12:30 | 0 Comment [s]

20032014

the legend date of my life

tarikh ni buat aku menangis dalam hujan sambil aku tersenyum . terduduk aku di tengah hujan . pandang ke langit ' YA ALLAH , KENAPA AKU ?' Sambil kilat dan guruh sambung menyambung , mata aku masih memandang ke awan mendung . Masih lagi terduduk--melutut . Mangis menangis di dalam hujan--ribut hujan .

aku cuba untuk bangun . Tapi , kilat cuba menghalang aku daripada terus bangun . Aku kembali terjatuh , meniarap ! Aku menangis lagi , tiada siapa di situ . Aku cuba cari seseorang , cuba untuk meminta bantuan . Tapi , tiada siapa . Aku masih di situ , dalam hujan lebat--ribut hujan . Menangis tersedu sedu .

aku cuba lagi sekali untuk bangun tapi aku pula menghalang aku , angin menolak aku sekuat hatinya . Aku terjatuh lagi , terlentang . terhantuk di jalan raya . Aku menangis lagi . Kali ini aku tidak senyum , aku tidak kuat lagi untuk senyum .

Aku bangun , kilat cuba untuk memanah aku , aku biarkan . Aku menolak kuat aku aku lawan . hujan menghalang pandangan aku juga aku biarkan . Aku terus berlari untuk sampai ke satu destinasi , RUMAHKU .

dalam satu hari aku mulai sedar , Allah tunjukkan kepada aku hari itu juga , Aku meminta minta semangat daripada manusia tapi aku tetap begitu--langsung tidak bersemangat . Aku meminta semangat kepada Allah , Allah tunjukkan kepada aku ,  bahawa kejatuhan aku pada hari itu adalah titik permulaan bagi aku , untuk mengatur kehidupan dewasa aku--masa depan aku . Allah tunjukkan kepada aku hujan , angin dan kilat sebagai penghalang dan rumah pula sebagai destinasi utama aku . Allah sedarkan aku , tidak semestinya di setiap kejatuhan itu , kita terus jatuh , takkan bangkit semula . Allah sedarkan aku , semakin berat ujian daripadanya yang aku tanggung semakin kuat aku untuk menempuhi hari seterus seterusnya yang penuh dengan cabaran . Ujian hujan ribut itu betul betu mengajar aku , erti kehidupan yang sebenar .

ini smua bukan rekaan semata , aku betul betul menghadapinya . Wahai sahabat , gagal harini tidak bermakna engkau akan gagal selamanya . bangkitlah sahabat , keluar dari kepompong keresahan , keluar dari kepompng rendah diri . bangun sahabat , bangun . MAri kita berpimpin tangan berjihad ke jalan tuhan yang satu--Allah , berjalan berpimpin tangan menuju ke syurga-Nya . Ingatlah , sahabat . Biar apa pun halangan dan rintangan mendatang jangan kau gusar ! Lawan , bangkit , tetang habis habisan ! Aku yakin , Aku pasti kita semua boleh . Mari kita berlari , kejayaan di hadapan menunggu kita !


Older Post | Newer Post
The Disclaimer


heyyo and assalamualaikum viyewwers
kalau hangg ghajin maii fo.ol.lo.ow ceqq nahh ? have a nice day and enjoy your reading yaww ^__^


Navigations!

Diary About Stuff Site


Footprint here!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : QN

Best View at GOOGLE CHROME!